Thursday, May 20, 2010

Aku Mohon Pada Mu..

Akhirnya
aku telah mendapat jawapan
jawapan yang selama ini aku mohon dari Mu

di saat ini aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan
aku rasa tak punya apa-apa...
benar-benar aku tak tahu apa yang aku rasa
setelah mengetahui kebenaran yang sebenar
aku terasa seperti jiwaku telah tiada lagi
tiada jiwa lagi..
tiada semangat mungkin lebih tepat..
akhirnya aku kehilangan tat
perkara yang paling aku takuti terjadi
telah pun terjadi..
dan seperti yang telah aku katakan
aku redha..
aku redha dengan segala ketentuanMu
kerana aku tahu ia adalah yang terbaik bagi ku
aku mohon ya Allah..berilah aku kekuatan
dan kebijaksanaan untuk aku harungi dugaan Mu ini..
Amin.

Wednesday, May 19, 2010

Di Manakah Nilai Cinta Mu

Di manakah nilai cintamu
Oh kasih terhadap diriku
Mengapakah kau bercumbu
Dengan dia itu
Di depan mataku

Tak kusangka sanggup hatimu
Menduakan diriku
Setelah ku beri cinta
Serta jiwa raga
Engkau musnahkannya

Di manakah nilai cintamu oh kasih
Engkau musnahkan
Di kala aku merindu
Di manakah sumpah dan janjimu dulu
Untuk bersama berdua kita bersama

Hancur hampa terima berita
Kini kau diijabkabulkan
Berbahagia dan sejahtera
Dengan dia itu
Hatiku terharu

Berlinang airmata ini
Kerana dirimu oh kasih
Tak pernah terduga hatiku
Begitu murahnya
Cintamu padaku